wahhh...btul kata S/U. sok last keje..n ktorg mmg da x sabar2 nk blk kg. dr td, aku duk nengok langit je. cari flight nk naik sok..hahaha....Thursday, May 28, 2009
slamat bcuti ahli2 ku!
wahhh...btul kata S/U. sok last keje..n ktorg mmg da x sabar2 nk blk kg. dr td, aku duk nengok langit je. cari flight nk naik sok..hahaha....Yeah!!!...esok blk

Kepada semua ahli kelab...........selamat bercuti...........n pulang ke kampung masing2 selama 2 minggu.....semoga sepanjang cuti ni korg mengalami perkara2 menarik ...heheh..manela tau korg fall in love ngan sape2 ke cuti ni...wakakakaka....................to nabilah....jgn malu2 nak join club kitorg.........u r always welcome.....!!!!!!!!tak sbrnye nak blk!!!!!!!!!
Wednesday, May 27, 2009
Jika Ku tak Bangun Esok Pagi
Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai
Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian
Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena
Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup
Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi
Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi
Monday, May 25, 2009
Makna Cinta Dari Nama
Z - ..memiliki fikiran yang luas
D - ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun
A - ..seorang yang gila-gila
R - ..seorang yang lucu
W - ..bisa menjadi lucu dan tolol dalam satu waktu
I - ..manis dan romatis
N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
A - ..seorang yang gila-gila
Sunday, May 24, 2009
MMMMM

syarat2 PkNs
mmndgkn nama club ni PkNs (putus kasih n SINGLE) so syarat utama mestilah...
*prnh bcinta..pastu tetiba je putus/break up/clash @ pkataan2 yg seangkatan dgn nya.
yg pnting sbb clash bukan, sbb kita.myb, korg dtinggalkan...ddua atau dtigakan...hbgn tputus sbb keadn or thalang.
*no 'gedik2' ( for female) n no over "gatal" (for male)
so sesape yg miang2 kladi ke..miang2 kucing ke... x dpt nk tolong la.. masuk club laen je.sowi...
*willing to travel anytime, anywhere and alwiz open minded.
serta bleh mensekepalakan diri dgn ktorg yg da earseler dlm bdg ke'gila'an. ada brani?
*mesti tau kata kunci club PkNs ni. Pewiiittt..
klu korg nk tau key word dia..sila anto borg kome dulu k.
to all guys d luar sna...klu rs kalian penuhi syarat ni..sila la hanta borang kat miss petai a.k.a secretary i laaaaa... huhu...(nk anto brg...drop komen jek ek!) lagi ramai, lg meriah club kite ni.
aku sbg President a.k.a tulang mmg mengalu2kan kdatangn u all. mana nk tau kot2 la jodoh korang de kt sni. (kata miss petai) hihihih....
tp aku mmg confident la..club ni mmg best thp GABAN!
cuba lupekan mslh dng b'aktiviti bsama kami.

Planning PkNs in JULY

wpon begitu.....takpe la tak ramai pon sbb pengangkutan pon kurang mengizinkan klu nak g mane2 ramai2............hehehe.........u all pon paham kan...nnti next entri cik petai akan perkenalkan pengangkutan kitorg yang sentiasa menemani ke sana sini...............dan sungguh comel....wuuu...................betul tak???tulang??asir?....lurus???
setakat ni jela n3 ni...........sbb nak story panjang2 pasal gua niah ni pon cik petai tak tau....dh g nnti baru cik petai le cite lebih2 ekk...........so klu korg nak join our club amat la dialukan............tp ade syaratnye.................dan setiap syarat perlulah dipatuhi............huhu....................pengerusi....sila kemukan syarat kelab ini..............!!plz........ade permintaan ni..............lalalalalala
Arca atau Replika
HIDUP CIK TULANG !!!!
Birthday Announcement !!
rindu terhenti
Dibelit Pilu
ni plak lgu yg Miss President duk layan. harap rindu itu akan terhilang..
sayang itu akan pudar.....
Aktiviti Petai n Tulang
hmm...........tp tempat nye cik petai rahsiakan dulu ye....bile dh konpem bru diwarwarkan..........
cik petai ngan cik tulang ni dilema jugak nak pndah ni..hmm mungkin jugak kami akan pindah berdua je....(the possiblities is there).......tp tak pe aaa...cik petai ngan cik tulang ok je......
tak payah nak pk bnyak masalah g.............cik asir skrg ni tgh g jalan2 kat sibu.....smpai hati tak ajak ahli kelab(sedih kitorg.......=( ).
Anyway.................we are happy sbb dh ade solution terhadap masalah umah ni.......tlg doakan semoga jalan cik petai ngan cik tulang dipermudahkan ekk......lalalalalala.....................
Mengintai Langit
Setiap hari ku tulisYang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan dengan mu
Tapi ku berjanji
Kau pelita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maafkan aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku
Menyanyi dan bisikanlah sayang
Baik nyata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkan mu
Bermimpikan mu
Sepanjang malam ku
ucapan aluan dr Pengerusi aka Tulang
mekacih gk kt AJK2 coz lantik aku jd President. gigil siot!!!
knp aku yg layak?
hahaahah...
coz, dlm club ni aku plg senior dlm PkNs ni.. klu ikutkan aku ni mmg senior dlm segala hal...org yg 1st dtg kt "Bandaraya" tmpt kami cri rezeki ni pn aku...lantas..aku jua yg 1st hilang kasih.
nangis...nangis... ahak!
tp jgn slh fhm..kes aku lain dari kes Ajk@ aku. Aku jd PkNs sbb keadn. huhu... x prlu cite byk2 la..nnt aku ni nangis plak. isk..isk... x pe la, wlaupn da lama,aku msh gk lg cuba trima smua ni. yg penting, aku tau apa yg ada dlm ati aku dan dia skrg. harap kami sesama bahagia suatu ari nnt.
hidup mesti diteruskan walaupn ssh n perit.
haaa...ni de antara kata2 KENANGAN dr 'Dia". br skrg aku fhm maksud dia dan aku nk kongsi ngn korang.
Luahan

Latest aktiviti yg telah dijalankan
About Us
Diterbangkan jauh ke sini mencari sesuap rezeki pembela keluarga dan anak bangsa.....
di sebalik kejauhan ini terselit berbagai cerita antara kami yang sukar dinilai dan dimengertikan oleh sesetengah pihak..........namun cerita kami hampir sama...wpon keadaannya berbeza....yang sama adalah kami hilang org yang penah disayangi...n kini kami sendiri menempuh hari mendatang bersama keluarga n kawan yang cukup sekepala.....
Apa yang terjadi ade hikmahnye...yang kian hari makin menimbulkan jawapan bg soalan yang tertinggal selama ini..........dan yang pasti...DIA mahukan yg terbaik utk kami....nak ceritakan sedetailnye tentang apa yg terjadi rasanya tak perlu...sebab perkara dh pon berlaku...(tp klu ade dlm kalangan u all nak stori gak...kongsi pengalaman n pengelamaan...silakan)..........
so...........bg menceriakan kelab ini...pelbagai aktiviti telah dicdgkan n telah pon dijalankan ............lalalalala...bg menjayakan n memeriahkan lagi club yang happening ni......layan jela........
Doa Kami
Saturday, May 23, 2009
Hidup Tanpa Cinta...Renungkan
Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
# Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
# Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
# Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
# Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
# Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
# Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.
Lagu Tema
Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada
...... setiap ahli adlah diwajibkan menghafal lagu ini.............. coming soon vklip
Jom berkenalan
KHAIRUL a.k.a _ASIR (*fill in the blank)(NAIB PENGERUSI)
#atas permintaan asir...gambar terpaksa ditukar....n now presenting...
asir yang cumel#
Nurain a.k.a tulang(PENGERUSI)
(SETIAUSAHA)
(AHLI)
Sejarah
mula2 sekali aku mewakili semua ahli pihak pkns yang begitu bermakna ni nak memperkenalkan la serba sedikir latar belakang blog yg kami wujudkan ni.....huhu skema gile ayat(smoga cikgu bm tu terima ayatku ini ekk)
Hmm...........actually...blog ni dibina utk org2 yang frust tertonggeng la...wpon sudut tonggengan tak berapa sgt...tp mendalam kesannya di hati ini...so aku perkenalkan dulu aa maksud pkns ni ekk
K = KASIH
N = N
S = SINGLE
wahahahaha..............kesimpulannya ahli2 kami ni semuanya terdiri dr org2 yang pernah putus cinta dan kini telah menjadi single...setakat ni ahli tetap club ni adalah seramai 4 org...ni ahli sedia berdaftar n aktif la...serta mmg single gile tak hingat.........dlm n3 yg lain nnti aku akan perkenalkan semua ahli club kami ini....serta perkara2 yang berkait rapat dan sewaktu dgnnya.....
so kepada ahli kelab..........................LAYAN.........n welcome to our blog!!!











